15 Mar 2012

Bila sakit...

Assalamualaikum w.b.t

Dah dua minggu gastrik perut ini masih belum mahu sembuh. Perut pedih. Berat badan turun sedikit. Makan pun tak berselera sebab tekak terasa pahit. Macam ini lah ya bila nikmat sihat Allah tarik sekejap. Tak sabar - sabar rasanya mahu perut cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Lagi 2 minggu nak ujian, soalan belum pun sampai 1 yang siap berjawab. Tak bertenaga langsung nak mengadap buku apatah lagi nak belajar.

Aduhai.


Sayang Fadzila...~♥

13 Mar 2012

Rabu tanpa kata # 5S oh 5S!

Assalamualaikum w.b.t


Sebelum

Selepas... ♥



Sayang Fadzila...~♥

11 Mar 2012

Sabtu itu...

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu yang lepas, mak beritahu, kawan merangkap jiran saya masa kecil - kecil dulu meninggal dunia. Arwah cuma tua setahun dari saya. Al -Fatihah buat arwah Along.

Masa kecil - kecil dulu, semasa umur saya sekitar 7, 8 tahun, kami pernah tinggal berjiran di Kem LATEDA, Port Dickson. Masa tu ayah berkhidmat di Kem Segenting Kra, Rantau Panjang. Kami masing - masing anak yang sulung di dalam keluarga. Dia ada adik lelaki yang sebaya dan senama adik saya yang nombor 2. Shahrizal. Sekarang pun dua - dua Rizal bertugas sebagai anggota tentera. Kebetulan kan.

Nama sebenar arwah, saya tak tahu. Bukan tak pernah ambil tahu tapi memang tak pernah diberitahu. Nak tanya segan. Sampai arwah habis umur pun saya masih tidak tahu nama arwah.

Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Amin...


Sayang Fadzila...~♥